Sunday, September 13, 2009

MeMbUjUr LaLU,MeLiNtAnG PaTaH


WAh, cantiknya pemandangan ALAM!!! CUTI NI KITA PAKAT2 MANDI AIR TERJUN..
HU222

Salam sahabat,,

Mudah-mudahan ALLAH sentiasa memberi Kesabaran yang tinggi kepada hambanya yg IKHLAS dalam menegakkan KEBENARAN,.

ALHAMDULILAH,kita berada dalam fasa yang terakhir BULAN RAMADHAN iaitu pembebasan dari api neraka.Ingat SHBT2,perbanyakkanlah amalan di bulan yang penuh MULIA.

Dalam kita melangkah kita sering diuji dgn pelbagai ujian samada ianya berat ataupun ringan tetapi yakinlah ALLAH pasti membantu hambanya.Disini ana sgt2 tertarik dgn kata2 yg sering membuatkan selalu bfikir

"Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulh rahsia manusia selalu bersaing dan berbalah."

"Berhadapan dengan gelombang kehidupan lebih besar dan hebat daripada gelombang lautan, selalunya karam, bahkan kapal besar pun sekali-sekala karam juga. Gelombang kehidupan selalu saja mengkaramkan manusia ke dalam neraka, kecuali mereka berada didalam kapal iman yang besar sahaja yang selamat. Itupun kalau tidak berhati-hati. Mengemudikannya sekali sekala karam juga."

Jika kita renung kembali,apakah matlamat sebenar hidup ini??? adakah kita mahu kekayaan??KEMULIAN?PANGKAT atau Darjat???semuanya i2 hanyalah sampingn semata2.

Ana tidak bemaksud utuk menolak kesemuanya bahkan yg dimaksudkan jadilah org yg sentiasa bersyukur jika diberi nikmat ,dan mintalah pada ALLAH dgn melakukan ibadah..MASYAALLAH,manisnya iman jk kita dpt laksanakan.

Akhir kalam, ana minta maaf zahir dan batin jika byk melakukan ksilpan.SELAMAT BERPUASA DAN SALAm AidiFITRI..





Friday, September 4, 2009

Hidupkan Kefardhuan Jihad Di Tengah Ramadhan


Salam Ramadhan yang penuh berkah,

Kita telah melangkah masuk ke bahagian kedua Bulan Ramadhan yakni kita berada di pertengahan Ramadhan. Semoga Allah SWT terus memimpin kita dan memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dengan ibadah dan amal soleh walau sedikit sekalipun.

Sabda Rasulullah SAW ;

“Sebaik-baik amalan adalah amalan yang istiqamah (dilakukan tanpa henti) walau sedikit sekalipun”

Perhatikan ibadah kita pada bahagian yang pertama Ramadhan (10 hari pertama) untuk menjadi ukuran muhasabah kita bagi menggerakkan kekuatan ibadah dan amal dalam hari-hari berbaki dari bulan berkat ini agar kita tidak ketinggalan sedikitpun dari kebaikan yang telah dijanjikan di bulan mulia ini. Takutilah jika sekiranya kita tidak mendapat habuan dan kebaikan dari apa yang telah disediakan Allah daripada maghfirah dan kebebasan dari api neraka sepanjang bulan rahmah ini.

Sesungguhnya ada perbezaan antara puasa mukmin dan puasa munafiq.

Seorang mukmin pasti merasa sedih dan teramat berdukacita kerana hari-hari di dalam bulan Ramadhan ini semakin berkurangan. Akan beransur pergi meninggalkan kita bukan yang penuh barakah serta janji keampunan dari Allah. Bulan yang setiap amalan sunat diberi pahala amalan fardhu dan setiap amalan fardhu diberikan pahala seumpama melakukan 70 amalan fardhu di bulan-bulan yang selainnya. Akan pergilah bulan yang di setiap malam-malamnya dibebaskan 1 juta hamba-hamba berdosa daripada neraka yang mereka itu pada asalnya telah wajib atas mereka itu masuk ke dalam neraka Allah. Para sahabah menangisi pemergian Ramadhan dan merekalah sebaik-baik generasi yang mesti menjadi qudwah sekalian umat Rasulullah SAW.

Seorang munafiq pula, dek kerana kekotoran hatinya amat terseksa dengan Ramadhan. Semakin berkurangan bilangan hari yang berbaki daripada Ramadhan, maka semakin ia bergembira serta bersukacita. Seorang munafiq lebih memberikan perhatian bagaimana mahu menyambut hari raya berbanding meningkatkan amal ibadah serta merebut pahala di bulan Ramadhan. Mereka tidak pernah mempedulikan kualiti puasa serta ibadah sebaliknya terlalu asyik dengan baju baru, langsir baru, kuih raya, tukar perabut dan pelbagai kelalaian serta kealpaan lagi. Al Quran tidak dibaca apatah lagi tadabbur. Solat fardhu tidak dipelihara. Harta tidak diinfaqkan pada jalan sepatutnya. Malam dibiarkan berlalu tanpa istighfar dan doa. Alangkah malangnya mereka ini serta malang jualah pengikut-pengikut mereka. Semoga Allah melindungi kita serta memimpin kita kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Perteguhkan iman dan keyakinan demi meneruskan semaraknya semangat untuk bertungkus lumus beribadah serta melakukan ketaatan di bulan mulia ini. Moga kita dapat meraih kemenangan duniawi dan ukhrawi.

Friday, April 17, 2009


RIWAYAT AKU!!!!!

Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku
Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada
Lalu sama seperti yang biasa

Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus sebagai air
Mengalir tidak pernah berhenti
Melimpah, menyerap, menghakis, menembus
Memenuh setiap ruang yang kosong
Tanah tandus dan benih kering
Kucurahkan subur agar muncul tunas
Yang pucuknya nanti mahkota rendang
Tempat berteduh di dataran gersang

Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalananku
Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang
Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa

Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus gagah mengalir
Dari pancaran anak batu di hulu belantara
Meliku, melekok, membelah dada baruh dan darat, selatan dan utara
Lantas…
Si dahaga menghirup jernih teguk yang sejuk
Si lapar mengail isi subur khazanah dada yang kaya
Tebing menyambut perahu berlabuh
Menemukan rindu dengan yang ditunggu

Kerana aku seperti air
Aku boleh memilih untuk tiada tersirat di sebalik yang tersurat
Mengalir dangkal sejengkal dari pangkal
Lalu mudah ditafsir segera, sejurus sebelum kontang terserap ke udara

Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk menjadi lautan seribu tanda tanya
Bagi pelayar di permukaan seluas pandangan mata
Ketemulah ia ribut taufan puting beliung yang menggila.
Namun yang bestari ingin mencari makna
Akan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki dua
Hingga sampai ke dasar selepas jerih payah dan sabar jiwa
Lantas bertemu keindahan makna, jawapan seribu satu rahsia

Riwayat aku seperti air
Di hari subur berbakti pada manusia dada tanah watan
Di hari gersang mikraj ke langit atas perintah Tuhan
Basah kering air, hanya kitaran pusingan nadi
Bumi dan langit, air terus maujud kekal menabur berbakti.

"Dan Allah menjadikan setiap haiwan itu dari air, maka ada sebahagiannya yang berjalan di atas perutnya, dan ada sebahagian yang berjalan di atas dua kaki dan sebahagian yang lain di atas empat (kaki). Allah menjadikan apa sahaja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu" - An Nur : 45

Sunday, February 15, 2009

PERJUANGAN DAN PENGORBANAN

DARI PERSPEKTIF WAHYU

"KEMENANGAN SEMANIS MADU MEMERLUKAN PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU"


Hidup ini adalah sebuah perjuangan . Perjuangan memerlukan pengorbanan . Dua perkataan yang terlalu sinonim malah mesti wujud demi sebuah kejayaan dan kemenangan yang ingin dicapai . Bak kata hukama’

“ Kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu ”
Begitulah jua yang difirmankan oleh Allah swt :

Maksudnya : Berjuanglah kamu samaada ringan atau berat dan berkorbanlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah yang sedemikian itu adalah terlebih baik (kemenangan ) bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti .
-Surah At Taubah:41 .

Sejarah kemenangan dan kegemilangan Islam di sepanjang zaman turut diwarnakan oleh perjuangan dan pengorbanan yang cukup hebat dan terbilang , menyaksikan bagaimana harta , tenaga , darah dan nyawa menjadi yuran berkualiti tinggi yang dibayar oleh para pejuang. Firman Allah swt :

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang benar - benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
-Surah Al Ahzaab:23.

Mereka yang berjuang dan berkorban demi kerana Allah dan ugamanya , pasti mereka mencapai kemenangan justeru inilah yang isytiharkan oleh Allah swt :

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjuang pada jalan Allah dengan mengrbankan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (menang)-

Surah At Taubah:20.

Muqaddimah ini melakarkan suatu yang jelas kepada kita bahawa kemenangan adalah suatu yang amat bernilai dan pastinya memerlukan kesungguhan dan pembiayaan yang mahal untuk mendapatkannya. Kesungguhan itu ialah PERJUANGAN dan pembiayaan itu ialah PENGORBANAN .

PERJUANGAN.

Islam merupakan cara hidup yang disyariatkan oleh Allah swt . kepada manusia . Ia adalah satu - satunya cara hidup yang menampilkan kesejahteraan , keadilan dan ketenangan untuk manusia sejagat dalam dua kategori penghayatan.
Pertama : Menganut , mengamal dan mendaulatkan Islam terpaksa BERJUANG menempoh mehnah dan ibtila’ (tribulas ) sebagai ujian kelayakan . Ujian - ujian ini datang dari Qadhi Rabbul Jalil dalam beberapa kedaan dan suasana .

Syaithan dan Naïfs syahwat.
Kaafirin , Musyrikin , Munaafiqin , Dholimin , Faasiqin dan Jaahilin.
Kesengsaraan dan penderitaan. (musibah /kematian)
Kekayaan dan kemewahan. (harta)
Ketakutan dan kegopohan.
Anak pinak, pasangan (suami atau isteri) dan kaum keluarga.

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
-Surah Faathir:6.

Sunday, February 1, 2009

JANGAN BANYAK BERDEBAT


Janganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan..

Sememangnya, perdebatan lebih banyak mengundang kehancuran kerana pada realiti hari ini, umat Islam terdedah dengan sifat angkuh, kurang ilmu serta tidak menghormati kebenaran. Mereka lebih suka berdebat sekadar menonjol-nonjolkan kehebatan diri.

Sedangkan, yang jujur berdebat mengenai hal-hal dasar sangat kurang. Dalam pada itu, kita lihat ramai sekali yang suka berdebat akan memilih tajuk-tajuk yang ringan, bersifat rantingan dan ini tentunya membuang masa.

Sesetengah isu itu sudah lama didebatkan dan ia cuma diulang semula semata-mata mahu meraih publisiti, menonjol-nonjolkan kehebatan diri. Sudah tentulah hal ini membazirkan masa dan pendirian Islam berhubung masa sangat jelas.

Sekurang-kurangnya, jika tiada yang menganut Islam selepas debat antara agama-agama itu, setidak-tidaknya kita berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama Tauhid yang masih mempertahan kesucian pengabdiannya berbanding agama samawi yang lain.

Ringkasnya, berdebat dan bertengkar tentang masalah dalam agama Islam itu perlu kita kurangkan kerana ia banyak mengundang keburukan dan perpecahan, sebaliknya debat antara agama samawi lebih berfaedah kerana lebih banyak membawa kebaikan kerana ia termasuk dalam usaha menerangkan kedudukan Islam yang sememangnya tinggi.

SEGALANYA KITA BERSERAH KEPADA ALLAH,MANUSIA BANYAK KELEMAHAN,ELAKKAN DARIPADA ANGKUH....

Tuesday, January 13, 2009

YA ALLAH AKU BERLINDUNG DARI FITNAH DUNIA


Diriku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci
Kamu terpilih mempertahan masjid suci

Bau syurga dapat kau rasai
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu

Apakan daya aku hanya mampu berdoa
Aku hanya mampu menghulurkan derma
Aku sekadar mampu memboikot

Jika kamu di ambang syurga
Doakan kami dapat bersamamu

Islam akan tetap terpelihara
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan
Baik atau buruk, syurga atau neraka

Friday, January 9, 2009

Kekejaman Yahudi-Zionis


Sukar sekali membayangkan, hidup dalam serba ketakutan. Anak-anak terjaga daripada tidurnya, bukan kerana dikejutkan oleh ibu untuk bangun ke sekolah. Tetapi mereka dikejutkan oleh dentuman meriam dan gegaran bom. Mereka lari daripada ketakutan; tetapi mereka dikepung. Mereka ditembak sesuka hati. Mereka merintih dan melirih. Luka mereka merah berdarah, tulang-temulang mereka berkecai dan tubuh mereka terkulai. Mereka gugur ke bumi. Ada yang syahid dan ada yang menanti hiba di rumah sakit.

Dunia Arab selamanya pekat dengan Assabiyyah mereka. Suatu kejahilan pasca kemodenan yang amat dibenci rasulullah SAW. Bangsa Palestin bukan Arab kerana menyokong Hamas. Menyokong Hamas ertinya menyokong Iran dan Iran adalah Syiah!

Inilah kedunguan abad ke 21 yang merugikan saudara seakidah. Mesir membutakan hati, memekakkan indera dengan menutup satu-satunya jalan keluar. Negara-negara Arab lain masih bermain silap mata. Bila mata ditutup mereka lupa segala kekejaman yang melanda, bila mata mereka terbuka mereka pura-pura kesedihan.

Negara-negara lain sibuk dengan agenda gencatan senjata dan meja rundingan. Pergi jahanamlah dengan segala gencatan senjata dan meja rundingan. Bangsa Yahudi adalah bangsa yang terbukti tidak memenuhi janji. Jangankan dengan Palestin, perjanjian dengan Rasulullah SAW sendiri mereka ingkari.

Nabi SAW pernah menyatakan:

Barang siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan sesaudara Islamnya yang lain, maka dia bukanlah termasuk di dalam golongan mereka.

Islam tidak pernah merelakan sikap menjuzuk-juzukkan perpaduan ummat ini. Sehingga ada pemimpin ummat Islam yang berpendirian, isu Palestin hanyalah urusan Palestin yang haram dicampuri sedangkan Amerika dan Israel tidak pernah sama sekali berdiplomasi.

Islam sesekali tidak pernah merelakan jika kita cenderong kepada kuffar Amerika dan Zionis apatah lagi kita sendiri seolah-olah bertindak sebagai jurucakap kepada Israel.

Apakah perlu kita menahan orang lain dari menunaikan kewajipan jihad mereka.

video

Sukar sekali membayangkan, hidup dalam serba ketakutan. Anak-anak terjaga daripada tidurnya, bukan kerana dikejutkan oleh ibu untuk bangun ke sekolah. Tetapi mereka dikejutkan oleh dentuman meriam dan gegaran bom. Mereka lari daripada ketakutan; tetapi mereka dikepung. Mereka ditembak sesuka hati. Mereka merintih dan melirih. Luka mereka merah berdarah, tulang-temulang mereka berkecai dan tubuh mereka terkulai. Mereka gugur ke bumi. Ada yang syahid dan ada yang menanti hiba di rumah sakit.

Thursday, January 8, 2009

PENGERTIAN JIHAD


Pengertian jihad menurut para ulama seperti Ibnu Qadama Al Maqdisi, Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Aabideen: “Perjuangan dengan segenap usaha hanya karena Alloh, dengan jiwa, didukung dengan harta, perkataan, mengumpulkan bantuan para Mujahidin atau dengan cara yang lain untuk membantu perjuangan.”(seperti halnya melatih orang). Mereka mengambil dari ayat, “...Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu…..” (QS. 9:41), sebagai keterangan dari pengertian tersebut.

Dan juga Imam Fairouz Abadi mengatakan di dalam kamusnya yang terkenal “Kamus Al_Muheet”bahwa kata “Al-Nafir” berarti pergi dan berjuang dengan pedang. Selain itu Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di Jalan-Nya dalam barisan yang teratur….” (QS. 61:4).

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.”(QS. 61:10-11)

Pendapat Menurut 4 Imam Mahzab

Menurut Imam Hanafi Fiqih Imam Kasani dalam bukunya Bada’Sama, mengartikan jihad seperti: “Berjuang dengan segenap usaha dan kekuatan karena Allah SWT dengan jiwa, harta, ucapan atau dengan cara lainnya….”

Menurut Imam Maliki Fiqh Imam Ibnu Arafa, dilanjutkan oleh Sheikh Khalil dalam Mukhtasar Al-Khalil, mengatakan bahwa jihad adalah: “….seorang muslim yang berjuang melawan kaum kafir tanpa suatu perjanjian, hanya karena Allah SWT semata dan untuk meninggikan nama-Nya dengan mengharapkan keridhoanNya.”

Menurut Imam Syafi’i Fiqh Imam Shirazi dalam buku Al-Muhazab Fil Fiqh Imam Shafi’i mengatakan bahwa jihad adalah berjuang melawan kaum kafir hanya karena Allah dengan jiwa, harta, ucapan, atau mengajak orang lain….”(Kitab Al Minhaj oleh Imam Nawawi)

Menurut Imam Hambali Fiqh Imam Ibnu Qudama Al-Maqdisi mengatakan bahwa jihad adalah menyebarkan perjuangan melawan orang kafir, apakah itu sebagai fardhu Kifayah atau fardhu ‘Ain, melindungi orang mukmin dari kaum kafir, menjaga daerah perbatasan, berjuang di garis terdepan dan di garis perbatasan sebagai penopang.

Arti Jihad secara Umum

Saat ini jihad diartikan sebagai berjuang di jalan Alloh secara berjama’ah. Dahulu para ulama mengartikan jihad baik secara syara’ atau secara umum adalah sama. Tetapi sekarang hal itu berbeda

Jihad Menurut Ushul Fiqh

Menurut Imam Al-Qastalani, Imam Al-Mawardi (Syafi’i), Imam Al-Taftazani (Hanafi), dan Imam Jirjani (Hanafi): “…suatu kondisi melawan kaum kafir untuk mendapatkan kemenangan Islam yang harus dilakukan dengan tujuan untuk meninggikan nama Allah SWT….”

Karena itu menurut hukum, secara umum dan menurut ilmu ushul fiqh, jihad adalah berjuang di jalan Allah atau perjuangan dengan segenap usaha melawan kaum kafir untuk meninggikan agama Allah SWT.

Terdapat beberapa Sahih Muslim bersumber dari Abu Sa’ad Al Kudri bahwa sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, “Apakah jihad itu?” dan beliau menjawab, “Berjuang untuk meninggikan Agama Allah SWT.”

Pengertian jihad begitu luas dan juga bersifat terbatas (Al Jamiyyah Wa al Maniyyah) luas karena dilihat dari pengertian jihad menurut bahasa dan perlengkapannya. Hal ini bersifat terbatas karena perjuangan yang dilakukan hanya untuk melawan kaum kafir semata-mata hanya mengharapkan ridho Allah SWT.

NB. Menurut para fuqaha, Jim pada kata jihad harus diucapkan dengan suara lambat yang disebut Jim Mushadadah.

Namun terdapat perbedaan pendapat apakah jihad hanya sebuah bentuk penyerangan atau apakah itu mencakup baik jihad sebagai penyerangan maupun jihad sebagai sikap bertahan. Al Izz Ibnu Salaam (Sheikh al Jihad) mengatakan bahwa jihad hanya sebagai bentuk penyerangan bukan sikap bertahan yaitu akan disebut jihad jika kita memulai atau memprakarsai pertemuan atau perkelahian, kewajiban yang lain (misalnya sikap bertahan jihad), dinamakan Al Dafa’ah. Pertahanan pada diri sendiri menjadi naluriah yang ada pada manusia juga terdapat pada binatang, tidak seperti kewajiban khusus dalam serangan jihad.

Dan lagi Ibnu Qayyim meletakkan beberapa kondisi untuk jihad, sebagai berikut:

1. Seorang muslim harus mengawali atau memulai pertempuran

2. Bahwa pertempuran itu harus melawan orang-orang kafir (NB. pertempuran dengan orang-orang murtad) (misalnya orang yang ingkar pada agama atau partai) disebut Qaatal al Riida dan adalah pelaksanaan hukum pidana atau undang-undang Islam dengan cara pertempuran Baghee (misalnya seorang pemberontak) disebut Qaatal al Baghee, dalam hal ini

3. Al Ma’niyyah mempunyai maksud bahwa pertempuran jihad untuk membuat agama Allah SWT yang dominan (NB. biasanya ini termasuk dalam sikap bertahan sejak satu pertempuran untuk kemenangan atau kesyahidan tidak melihat untuk melaksanakan sistem aturan Islam dalam beberapa keadaan.

Pembagian jihad

Dari beberapa penjelasan di atas, kita dapat membagi jihad dalam dua bagian:

1. Al Jihad al Mubada’ah yaitu melakukan serangan jihad

2. Al Jihad al Dafa’ah yaitu sikap bertahan jihad

Bagaimanapun, secara bahasa kata jihad mengandung arti usaha sungguh-sungguh tanpa mengenal lelah, ini ditemukan tanpa menggunakan Al-Qur’an dengan perbedaan arti jihad dalam mengendalian nafsu misalnya….ketika Alloh (SWT) menjelaskan pertempuran atau peperangan dalam jihad Dia menggunakan kata “Qaatala” dan dalan satu peperangan itu siapa saja yang bertempur dinamakan “Muqaatil” (Dimana “Qatala” adalah pembunuhan dan pembunuh disebut “Qatil”). Alloh tidak pernah menggunakan Qatil atau pembunuhan (murder atau kill) dalam Al-Qur’an konteks Jihad tetapi lebih pada Qitaal (peperangan) semenjak hidup menjaga kesucian dalam Islam.

Imam Syafi’i mengatakan bahwa alasan mengapa kita memerangi orang-orang kafir (dalam melakukan serangan jihad) adalah karena mereka menghalangi agama kita atau memerangi agama kita. Imam Abu Hanafi pada kesempatan lain mengatakan bahwa kita memerangi orang-orang kafir (serangan jihad) karena mereka memerangi kita dan menghalangi agama kita untuk dilaksanakan.

Monday, January 5, 2009

GEMPARKAN PRK KUIS

KINI TIBA LAGI SAAT yg sering dinanti2kan oleh mahasiswa dan mahasiswi di seluruh KUIS ini....walaupun ianya hanyalah sebuah kampus cawangan yg sangat kecil pada pandangan fizikal manusia yg cukup cetek pemikirannya...
pilihanraya kampus (PRK) 08/09....
debaran dan bahangmu mula terasa walaupun ianya tidaklah sehebat bahana yg sedang melanda di universiti2 lain di semenanjung malaysia...
buatmu sahabat2 yg ku sayangi kerna ALLAH...kuatkan semangat dan teruskan perjuanganmu di medan PRK 08/09 ini demi matlamat yg 1 iaitu demi untuk melihat ISLAM tertegak di bumi fana ini amnya dan khususnya di bumi KUIS ini...idea dan semangatmu amat diperlukan di kampus ini...
Kepada semua sekali,sentiasalah perbetulkan niat dan kuatkan semangatmu....yakinlah dengan janji Allah...jangan risau krna kami sentiasa di belakang antum semua terus m'berikan sokongan demi sokongan...semoga beroleh kemenangan yg diimpikan demi ISLAM tercinta...dan semoga dapat m'jalankan amanah dengan sebaik2nya...TAKBIR..ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!

Sunday, January 4, 2009

Pesanan buat diri

Suatu hari,tiba-tiba ALLAH SWT menentukan turunnya bala ke atas diri dan keluarga kita. Hati dan perasaan kita mencari dan bertanya,apakah salah dan dosa yg dilakukan? Mengapa begitu susah mententeramkan hati dgn berprasangka baik kepada ALLAH SWT? Kita berusaha memujuk diri dgn satu kefahaman bala dan ujian itu akan ALLAH SWT balas dgn sesuatu yg lebih baik berbanding apa yg hilang di tgn anda.

Baca seterusnya

Friday, December 12, 2008

JANJI PEJUANG!!!

JANJI SEORANG MUJAHID
MENYAMBUT SERUAN ILAHI
JANJI SEORANG MUJAHID
BERJIHAD UMPAMA SAHABAT NABI

TAKBIR BERGEMA DILANGIT
MENYAHUT MUJAHID KE MEDAN SYAHID
JANJI KITA MENGIKUT SUNNAHNYA
SELEPAS HIJRAH BINA NEGARA

JANJI SEORANG MUJADID
BARISLAH HIDUP UMMAH MASA KINI
BERPEGANG DASAR BERAMAL JAMA’I
WALAU MUSUHNYA TERUS MENGHIMPIT
KALAMUALLAHKAN TETAP TERSISIP

TAJDID INI WAJIB DIHAYATI
JADIKAN IA AMAL ISLAMI
JANJI SEORANG MUSHTAHID
MENYUSUL ARUS LANGKAH PARA NABI

JANJI SEORANG MUSHTAHID
BERHUKUM DENGAN IJTIHAD YANG SYAR’I
MARI KITA IKUT JALAN INI
MOGA HAYAT KITA DIBERKATI
MENANG DAN KALAH ITU TAK MENGAPA
REDHA ALLAH JADI MATLAMATNYA

JANJI MUHAHID
JANJI MUJADDID
JANJI MUSHTAHID
INILAH JANJI KITA

Tuesday, December 9, 2008

SERUAN JIHAD

Salam sahabat seperjuanganku...Inilah luahan sedikit perasaanku,., Hatiku berasa sebak , jiwa tetap memberontak dengan kekejaman yang berlaku diatas Bumi..Semangat datang dengan bergelora.Titisan air mata menyusuri dimuka.Sahabat-sahabat semua kita berkongsi bersama walaupun dimasa sekarang kita berasa selesa.Hayatilah video ini!!!!!!

video video

Wednesday, November 12, 2008

Ingat Peranan kita

Bismillahirrahmanirrahim, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya kita masih lagi dapat merasai nikmat Islam dan iman, kita masih lagi berpeluang bernafas, melihat, mendengar dan berbicara. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Rasulullah s.a.w , ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat, tabiin, tabi’ tabiin dan seluruh umat muslimin.


Islam mengajar kita untuk sentiasa bersyukur di atas setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita. Kita dididik untuk menghargai setiap pemberian samada sesama manusia ataupun pemberian yang ditujukan khas daripada yang Maha Pencipta kepada kita. Nikmat akal yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kita membuatkan kita berkesempatan untuk menjejakkan kaki kita dibumi bertuah ini.Nikmat yang sedikit ini telah membawa kita untuk meneroka sebuah dunia baru yang memberikan kelainan dan memungkin satu perubahan yang tidak tefikir oleh kita sebelumnya.

Allah s.w.t mengangkat darjat hamba-hambaNya yang berilmu ke tahap yang sepatutnya bilamana ilmu yang diperolehi itu digunakan di atas jalan yang sesuai dengan kemulian ilmu tersebut. Justeru itu, bersyukurlah !!! Allah s.w.t telah memilih kita untuk berada disini, memikul amanah mengisi ruangan jiwa dengan ilmu seluas hamparan dunia. Kita datang dengan harapan dan seharusnya kita pulang dengan kejayaan. Peluang yang ada manfaatkanlah sepenuhnya, umur yang sejengkal manfaatkanlah untuk menadah ilmu yang berguna, nikmat yang tidak terhingga bersyukurlah dengan menjadi hambaNya yang paling taat, paling beriman, paling bertaqwa, paling bersyukur dan paling istimewa disisiNya.

Buat adik-adik yang baru mengenali dunia kampus, syabas dan tahniah diucapkan. Genggamlah harapan dengan sepenuh kekuatan agar tidak kecundang dengan penyesalan. Berusahalah sebaik mungkin. Ibu bapa tidak menghantar kita ke sini jika sekadar untuk mendapat gaji yang lumayan, mereka tidak menyuruh kita sampai ke sini jika sekadar ingin merasai nikmat gaji pertama. Mereka melahirkan, mendidik, mengajar dan mengasuh kita sehingga sampai ke tahap ini semata-mata untuk melihat kita menjadi seseorang yang berguna kepada seluruh manusia, kenal yang baik, tahu yang buruk, kenal jasa ibu bapa menghargai jasa mereka dan berkhidmat seikhlas hati untuk mereka. Mereka sanggup berhabis semata-mata untuk kita. Kejayaan yang mereka dambakan setinggi gunung seluas lautan. Kita datang dengan amanah mereka dan kita punya tanggungjawab berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Ingatlah kita adalah hamba Allah s.w.t , kita tidak punyai apa-apa melainkan semuanya dipinjamkan Allah s.w.t untuk kita. Sedarlah kita menumpang di tanah milikNya. Kita bergerak dengan izinNya dan kita menjadi mahasiswa dengan kehendak dan kuasaNya. Justeru itu, kita mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada Allah s.w.t itulah yang utama. Ibu bapa tidak dikesampingkan tetapi seiring menggalas tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa dan hamba kepada yang Maha Bijaksana.

video

Tuesday, January 1, 2008