Tawassul + Yakin..ALLAH dekat diHATI.

Friday, March 4, 2011 ·


Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya akan perlakuan para sahabat dalam bertabarruk dengan air bekas wuduk Junjungan Nabi SAW. Demikian dahsyat dan bersungguh-sungguhnya mereka bertabarruk dengannya sehingga Imam al-Bukhari meriwayatkan yang mereka seolah-olah hampir saling berbunuh-bunuhan kerana berebut-rebut mendapatkan bekas air wuduk baginda. Kalaulah kita hadir pada ketika itu, bagaimanakah sikap dan tanggapan kita terhadap perlakuan para sahabat tersebut ? Adakah kita akan menghukum mereka sebagai keterlaluan dalam perbuatan “ngalap berkat” Junjungan SAW melalui bekas air wuduk baginda? Sudah tentu kita tidak akan berani memberi kritikan sedemikian terhadap para sahabat yang mulia radhiyaAllahu `anhum ajma`in.

Bandar Damsyik

Monday, February 14, 2011 ·


Damsyik merupakan bandar terbesar dan paling penting dari Syria










Pemandagan di Luar Masjid Umayyad.






















dibawahnya adalah penjara..











sekitar waktu malam di bandar Damsyik...

Roh HARUM

·


Gambar disebelah adalah maqam nabi Yahya A.S

Dari Abu Hurairah r.a katanya:
"Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit." Kata Hammad :"Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit " Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam." Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:"Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.
" Kata Abu Hurairah selanjutnya:" Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat." (Riwayat Muslim).

Salam Eid Adha

Sunday, November 14, 2010 ·

الحمد الله الذى ارسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون

Sesungguhnya, tiada kalam yang lebih Agung hanya dengan pujian dan syukur yang tidak terhingga kita rafa' kan kehadrat Rabbul A'lamin serta diringi laungan takbir, tasbih, tahmid dan tahlil memuji serta membesarkan keagungan Allah Taala. Selawat dan salam keatas junjungan mulia kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat tabi' dan tabien seterusnya sahabat-sahabat penyambung mata rantai perjuangan risalah kebenaran.

Ashabul Jannah

Friday, March 26, 2010 ·




Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.
Riwayat Muslim

Huraian :
Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:

1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.

2. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.

3. Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup.

Cebisan kenangan : Program Remaja cemerlang

Monday, March 22, 2010 ·

Alhamdulillah,segala puji bagi tuhan sekalian alam yang menjadikan pemandangan yang sungguh indah iaitu flora dan fauna.Hakikatnya seorang hamba memerlukan kehidupan yang tenang dengan memberi makanan rohani,membina semula kekuatan setelah sekian lama sibuk dengan keduniaan.
Pada 17 mac 2010,telah diadakan Program Remaja Cemerlang yang mana persertanya terdiri daripada anak2 dikalangan pegawai bank.Pada mulanya,pandangan akal berkata-kata 'berat sungguh untuk ke program ni'tetapi hati lain pula 'pergi2 jgn xpergi,selagi boleh janganlah di diberat2kan..alhamdulillah,ada hikmahya ke program.
Secara zahirnya dapat disimpulkan pejalanan seorang hamba memerlukan pengorbanan yang banyak walaupun sukar kerana kesukaran itu datangnya daripada kata2.

Sahabat fasilitator.


Bersama peserta-peserta program.


Teori & Praktikal solat.Sampaikanlah sesuatu ilmu walaupun satu ayat.

Manisnya IMAN

Saturday, January 2, 2010 ·


Manis iman bukan seperti gula-gula atau manisan. Manis iman bukan seperti ais kacang atau air tebu. Kerana manis iman bukan dirasai oleh anggota zahir tetapi roh. Kerana manis makanan dan minuman kita suka, gembira dan ketawa. Tetapi manis iman......

Apa perasaan kita apabila berdiri tegak menghadap Allah Taala?
Apa rasa kita apabila rukuk, sujud di hadapan Allah Yang Maha Agung?
Apa respon kita apabila mengungkap di bibir dan meneliti di aqal satu persatu surah Al-Fatihah?

Bagaimana kita membaca al-Quran?
Tahukah kita makna dan maksud apa yang sedang kita bacakan?

Apa perasaan kita apabila membaca atau diceritakan sirah Rasulullah s.a.w. kepada kita?
Tika baginda ditimpa penghinaan, kesusahan, fitnah, celaan ?
Tika senda gurau baginda s.a.w. dengan keluarga dan para sahabat ?

Hanya mereka yang benar-benar memahami dan menghayati sahaja dapat membayangi apa yang mereka sedang lakukan (baca, dengar, tadabbur, fikir, yakini, amal, sampaikan).
Dari situlah akan timbul rasa manisnya iman. Walau kadangkala rasanya sering bertukar-tukar - pahit, masin, kelat, masam, tawar. Tatkala hilang manis itu sukar sungguh mencarinya semula. Terpaksa berperang. Terpaksa berdiam. Terpaksa menyendiri seketika. Kerana rasa manisnya iman itu lazat.

Macam mana rasa manis iman ??? Rasailah sendiri.....

'Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432'

Thursday, December 17, 2009 ·

Salam ukhuwah buat semua,

Semoga kita akan sentiasa dan didalam lindungan ALLAH s.w.t.

Pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa & raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita



Admin

My photo
“Sesungguhnya sejarah Islam tidaklah ditulis melainkan dengan darah Para Syuhada, dengan kisah Para Syuhada, dengan teladan Para Syuhada”“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai” At-Taubah:32-33. alzubair_mujahidin@yahoo.com

Blog Pimpinan

Arkib

Followers